Malam ini seharusnya aku tidur seawal yang mungkin. Sekarang sudah pukul 11:45 malam. Aku tahu betul mana mungkin aku boleh senang- senang tertidur nyenyak seperti bayi walaupun jujur aku penat sekali. Kerana fikiran aku akan berkecamuk macam dilanda ribut taufan tepat saat lampu putih di atas siling bilik ini terpadam. Jujur, kebelakangan ini, aku kurang senang dengan kegelapan dan suasana sunyi. Aku tidak menggemarinya sama sekali.

Aku memandang katil bercadar putih kusam itu seperti memandang sebuah kesalahan. Kebelakangan ini juga, aku kerap bercerita pada tuhan setiap kali, yang aku takut, selepas ini aku tak akan mahu lagi untuk tidur di atas katil. Aku berfikir apalah saja salah aku, betul aku mengira aku tak pantas untuk semua kesakitan ini. Betapa aku yang kau kira sudah kau rosakkan di luar waras, menjadi bertambah rapuh,  dan tergeletak tinggal macam barang terpakai yang ada di tong sampah hujung simpang jalan yang jarang didatangi orang. Kesakitan ini akan selamanya valid menurutku- dan selama itu,  aku tak pasti sama ada aku akan masih betah berdoa agar apa pun luka yang ada di tubuhku akan sembuh.

Advertisements